Catherine Favazza

A directory of wonderful things

Tiga Sebab Anda Perlu Dapatkan Pelan Takaful!

pelan takaful great eastern takaful

Dalam hal-hal pengurusan kewangan, pasti ramai yang akan memberi nasihat untuk menabung dan menyediakan simpanan untuk apa-apa kecemasan. Alternatif yang lebih baik dari dua cara tersebut adalah mengambil pelan takaful. Takaful bertujuan mengalakkan tolong-menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta’awun. Sini, kami huraikan tiga sebab utama anda perlu dapatkan pelan takaful berbanding pelaburan wang yang lain.

Persediaan menghadapi risiko

Sebagai manusia, kita takkan dapat elak dari risiko kematian, kelumpuhan dan penyakit. Jika terjadi, risiko-risiko ini mempunyai dana pengurusan yang tinggi. Bagi seorang ketua keluarga, sebuah kemalangan mampu menjejaskan pendapatan keluarga bila anda direhatkan dari tempat kerja. Sebuah pelan takaful mampu membantu anda dalam membaiki situasi kewangan dalam sebuah kecemasan atau menampung keluarga ada jika apa-apa terjadi.

pelan takaful great eastern takaful

Lindungi keluarga anda

Malang jarang sekali berbau maka ia sangat penting untuk anda memelihara kesihatan dan kebajikan keluarga anda. Banyak produk takaful menawarkan perlindungan buat anda dan keluarga. Dengan sebuah pelan takaful, anda akan lebih bersedia untuk melindungi keluarga dari kemalangan dan penyakit. Dapatkan pilihan yang terbaik buat keluarga anda dengan bantuan takaful!

Jaga harta berdasarkan syariat Islam

Sebelum wujudnya pelan takaful, skim pelindungan banyak dikuasai oleh produk-produk insurans konvesional yang mempunyai unsur-unsur riba. Hilangkan perasaan was-was tentang wang dan perlindungan yang anda terima dengan takaful! Antara ciri-ciri wajib takaful adalah bebas dari apa-apa sifat gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba. Oleh itu, pilihan takaful merupakan pelan pelindungan yang sesuai bagi warga Islam di Malaysia.


Lindungi keluarga, aset dan diri anda dengan pelan takaful, skim pelindungan bebas riba yang lebih fleksibel dari insurans konvensional. Prinsip bantu-membantu dan ketelusan adalah teras bagi takaful, jadi tidak rugi untuk anda melabur dan mendapatkan pelan ini. Jika anda berminat, pautan ini https://www.greateasterntakaful.com/bm/penyelesaian-takaful/produk-kami.html memberikan anda peluang untuk memilih pelan takaful yang sesuai buat diri anda.